Wednesday 23 November 2011

Cinta itu Anugerah..

Assalamualaikum...:)
pembuka bicara,,,
moga semua sahabat ana sentiasa brada dibwh rahmatNya..


BINGKISAN NURANI

Pertama ~> Tahajjud..kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudNya..

Kedua ~> Melazimi membaca Al-Quran dan zikir Al-Mathurat sebelum terbit matahari..

Ketiga ~> Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang 
                   utuh..

Keempat ~> Jaga solat dhuha..kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha..

Kelima ~> Jaga sedekah setiap hari..walaupun hanya dengan sekuntum senyuman..

Keenam ~>  Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk..

Ketujuh ~>  Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda..

Kelapan ~>  Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah S.W.T..

Kesembilan ~> Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin    
                            sejati..
.
Kesepuluh ~> Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah S.W.T kerana   
                         disitulah terletaknya nilai amalan disisi Allah S.W.T..



Wallahualam...
Semoga dengan bingkisan ini dapat membantu para mujahid dan mujahidah dalam meneruskan perjuangan di bumi Allah..






p/s: Nukilan dari: Adik Nik Humaira...Semoga Allah sentiasa merahmati mu..dunia dan akhirat..









Wednesday 16 November 2011

tatapan tuk sume,,,@_@

Assalamualaikum... :)
hye readers !!
heee~..dah lame rase nye eika tak update blog nie..dah berhabuk kot barang kali..hehe..

almaklumlah..trlalu sibuk ngan xm week..huhu..mane nk submit assignment nye lg..sumenye last2 minit..adoi~~

tapi..alhamdulillah..xm tinggal lg 3pper jer..wish gud luck for me oke..:)

eika harap msih blom lewat tuk eika share ngan sume tntang petua/amalan kita boleh amalkan sepanjang minggu exam nie..


Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
 Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
*Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung.

Ketika memasuki dewan peperiksaan
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

Jika anda terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".

Alhamdulillah...
Semoga dapat membantu sahabat semua menduduki peperiksaan...
Selamat Berjaya !! :)