Sunday 29 July 2012

Kedatangan Insan Baru !!!

Assalamualaikum.. :')

cuti semester yg lepas memang syok!!!
hehe, macam2 benda baru yang saya belajar..
dari pada tak taw boleh jadi taw..

ewah~..hee! :)
duk umah sorang2 memang borink sebenarnye..
yela, bila dah parents keja, adek2 sume skolah..
i'm alone :(

Kedatangan Insan Baru !!!!
yeah~>,.nak kata baru pun xla sebenarnya.
tapi selama nie buat endah tak endah jer..
bila dah tinggal sorg2 baru la sibok nak kawan ngn dy,,

cik tam!cik tam!cik tam!
dy mmg best!! :)
dy la teman sye di umah..
ilang sume rasa borink ble ade cik tam..
kucing yg manje, tak banyak ragam, noty dan plus2 comelll!! 

urm2~..act,dari situ sye mula belajar cm ne nak menyayangi seekor kucing.. :(
makhluk yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w.
prcyela..perasaan ihsan terhadap binatang tue akan wujud bila kita  sendiri mula sayangkan haiwan..
Alhamdulillah..sye dpt merasainya..:(

oh ya, tringat cter Ustazah Asni Mansor kat tb9.. =))
Ketika Rasulullah hendak mengambil wudhuk beliau menanggalkan serbannya lalu mengambil wudhuk..
dan sesampainya di dalam masjid tue semula..
beliau lihat ada seeokr kucing sedang tidur diatas serban baginda..
lalu Rasullullah mengerjakan solat tanpa menggunakan serban pada waktu itu..
Lihat sahabat2!!
betapa Rasulullah memuliakan kucing kerana beliau sangat menyayangi binatang.. :)

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Sahabat2~..berbaktilah pada sesiapa sahaja. Bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada binatang haiwan ternakan. Walaupun mereka tidak punya akal untuk berfikir, tetapi dengan setitik nilai kasih sayang yang kita curahkan buat mereka akan dikira sebagai suatu amalan yang cukup besar olehNYA.

Dan ingatlah..

JANGAN  menganiaya kucing mahupun haiwan lain kerana azab ALLAH terhadap orang yang menyeksa haiwan teramat pedih. Wallahualam.



cik tam dah pandai maen nyorok2 ~



                                                                        i'm cik tam!!!


lending sokmo :)


                                                                       gerammmm kt dy!!!


                                                                   besprend cik tam >,<
           


p/s: imissusomuchciktam>,<






Thursday 12 July 2012

Ramadhan Tiba.. !!!

Assalamualaikum..
To all readers..heee! :)
hope anda sume sihat-sihat wal'afiat..Insya'Allah..

Alhamdulillah..dalam sedar tak sedar kita sume da nak sampai ke penghujung bulan Sya'ban..
dan tak lama lagi? ha..Ramadhan pula menanti..
Insya'Allah..moga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbanyakkan ibadah dan diberikan kesihatan yang sempurna bagi meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah ini..

Tak banyak yang saya nak celotah di sini sebenarnya..sekadar nak kongsi tentang amalan yang boleh kita sama-sama praktikkan semasa berada di bulan Ramadhan..
Jom tengok!! =))



Lafaz niat untuk sebulan


- Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala -


Lafaz niat untuk harian


-Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala -


Lafaz doa ketika hendak berbuka


- Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang. -


Lafaz doa selepas berbuka puasa


- Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. -




Hiasilah bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat..tingkatkan ilmu dan perbaiki iman..kurangkan dengan hal duniawi..Perbanyakkan melakukan amalan-amalan sunat yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. 
Insya'Allah..syurga itu milik kita bersama..Amin Ya Rabbal'Alamin.. :'(




#sayasudahidengandoaramadhan





DOA RAMADAN 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan 
keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, 
demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, 
Tuhan sekalian alam”. 



























Sunday 1 April 2012

Penantian yang mendebarkan~

Assalamualaikum..

to all of u..hope anda sume sihat2 belaka..dan sentiasa dibawah rahmatNya..insya'Allah..:)
sebenarnye xde pe pun yang nak distory kn..just nk share2 pendapat jer..hee~
hope ader respon dari sume..

ha..tjuk entry bukan maen suspen jer kn..hehe..sjer nk bg sume orang gubra..ooyeahh!!
urm2~..setiap insan impikin kehidupan yang bahagia dan indah dengan redha dariNya bersama2 dengan insan yg tersayang ..termasuklah mendirikan sebuah mahligai impian juga merupakan perkara yang paling diingini oleh semua para remaja di luar sana..

ader yang berjaya mendirikan masjid di usia semuda ini dan ader yang tidak.. bagi yang telah termeterai ikatan bersama yang tersayang..alhamdulillah..tahniah diucapkan!!!:)
dan bagi yang masih menanti~..usah bersedih..Allah pasti merencanakan yang terbaik untuk anda..bersabarlah..=))

Yakin dengan janji Allah..insya'Allah..pasti setiap apa yang diingini akan termakbul jua..^_^












p/s:taksabarnaktunggusaat2disarungkancincindijarimanis:)



Friday 24 February 2012

Kahwin awal?? Apa masalahnya??

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)
kahwin muda
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa.
Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan?
Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu.
Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w“Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)

Friday 17 February 2012

best of the day..:)

Assalamualaikum..:)
Alhamdulillah..akhirnye brpluang juga nk update blog..
dh lme sgt xsinggah laman nie,,
asyk bz jer memanjang..hee~


now~..bleh la berceloteh pnjg kt cnie..haha
nk tw x??
act ary nie la ary yg pling brmkne skli tuk fika..
ehehe..nk wish thank u very100x muCh for my lovely_mOm!!!!!!


0ps~
jeng!jeng!jeng!
j0m layan drama ckittt...haha


Tanggal 17Feb1991,,
saat dimana fika dilahirkan..
ditatang bagai minyak yg pnuh..
dicurahkan dengan kasih sayang yg tidak ternilai..
diberi pendidikan yg spenuhnya..
dan dituruti semua kehendakku..


wlupun kadang kala dirimu lelah melayan kerenah anakmu ini tp,,drimu xprnah mengeluh..
hingga kini kau tetap sabar dalam mendidik anakmu..:(


tiada apa yg dpt ku lakukan bg mmbalas sume jasa baikmu dlm melayari kenakalan anakmu ini..
Sungguh,,wlupun berlipat kali ganda byrn yg kuhulurkan, tetap takkan mampu utk mmbalas jasa mu..
hanya doa yg mmpu kuhulurkan...
hanya Allah yg mmpu membalas jasamu..


Terima Kasih mak..
Terima Kasih yang tidak terhingga kuhulurkan..
Maafkan anakmu atas segala kekurangan diri ini..
Semoga kasih sayang antara kita akan terus bersemadi hingga ke Firdausi..







p/s: Terima Kasih Tuhan kerna telah mengurniakan daku seorang ibu yang cukup memahami..::)


Sunday 18 December 2011

Sebelum Engkau Halal Bagiku


Izinkan Aku Menemanimu Sampai Dunia Akhirat


Ya Allah..
aku berdo’a untuk seorang lelaki,
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku.

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu,
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau,
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau.

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting,
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau,
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya,
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas,
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku,
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan.

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku,
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi,
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya.

Ya Allah,
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu.

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya,
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya,
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Ya Allah..
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga,
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu,
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya,
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin..






Thursday 15 December 2011

Wanita Solehah.

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,


Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.


Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.


“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”