Thursday 12 July 2012

Ramadhan Tiba.. !!!

Assalamualaikum..
To all readers..heee! :)
hope anda sume sihat-sihat wal'afiat..Insya'Allah..

Alhamdulillah..dalam sedar tak sedar kita sume da nak sampai ke penghujung bulan Sya'ban..
dan tak lama lagi? ha..Ramadhan pula menanti..
Insya'Allah..moga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbanyakkan ibadah dan diberikan kesihatan yang sempurna bagi meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah ini..

Tak banyak yang saya nak celotah di sini sebenarnya..sekadar nak kongsi tentang amalan yang boleh kita sama-sama praktikkan semasa berada di bulan Ramadhan..
Jom tengok!! =))



Lafaz niat untuk sebulan


- Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala -


Lafaz niat untuk harian


-Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala -


Lafaz doa ketika hendak berbuka


- Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang. -


Lafaz doa selepas berbuka puasa


- Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. -




Hiasilah bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat..tingkatkan ilmu dan perbaiki iman..kurangkan dengan hal duniawi..Perbanyakkan melakukan amalan-amalan sunat yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. 
Insya'Allah..syurga itu milik kita bersama..Amin Ya Rabbal'Alamin.. :'(




#sayasudahidengandoaramadhan





DOA RAMADAN 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan 
keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, 
demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, 
Tuhan sekalian alam”. 



























No comments:

Post a Comment