Wednesday, 23 November 2011

Cinta itu Anugerah..

Assalamualaikum...:)
pembuka bicara,,,
moga semua sahabat ana sentiasa brada dibwh rahmatNya..


BINGKISAN NURANI

Pertama ~> Tahajjud..kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudNya..

Kedua ~> Melazimi membaca Al-Quran dan zikir Al-Mathurat sebelum terbit matahari..

Ketiga ~> Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang 
                   utuh..

Keempat ~> Jaga solat dhuha..kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha..

Kelima ~> Jaga sedekah setiap hari..walaupun hanya dengan sekuntum senyuman..

Keenam ~>  Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk..

Ketujuh ~>  Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda..

Kelapan ~>  Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah S.W.T..

Kesembilan ~> Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin    
                            sejati..
.
Kesepuluh ~> Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah S.W.T kerana   
                         disitulah terletaknya nilai amalan disisi Allah S.W.T..



Wallahualam...
Semoga dengan bingkisan ini dapat membantu para mujahid dan mujahidah dalam meneruskan perjuangan di bumi Allah..






p/s: Nukilan dari: Adik Nik Humaira...Semoga Allah sentiasa merahmati mu..dunia dan akhirat..









Wednesday, 16 November 2011

tatapan tuk sume,,,@_@

Assalamualaikum... :)
hye readers !!
heee~..dah lame rase nye eika tak update blog nie..dah berhabuk kot barang kali..hehe..

almaklumlah..trlalu sibuk ngan xm week..huhu..mane nk submit assignment nye lg..sumenye last2 minit..adoi~~

tapi..alhamdulillah..xm tinggal lg 3pper jer..wish gud luck for me oke..:)

eika harap msih blom lewat tuk eika share ngan sume tntang petua/amalan kita boleh amalkan sepanjang minggu exam nie..


Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
 Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
*Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung.

Ketika memasuki dewan peperiksaan
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

Jika anda terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".

Alhamdulillah...
Semoga dapat membantu sahabat semua menduduki peperiksaan...
Selamat Berjaya !! :)


Wednesday, 12 October 2011

Tutuplah ia..

Assalamualaikum..:)


agak lama rasa nye eika tak updade blog..mungkin kerana terlalu bz dalam mentarbiah ilmu di bumi Allah..huhu..tapi tak pe..alhmadulillah..eika msih diberi kesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini..
dan..dan..eika ader sdikit cerita yang berbentuk ilmiah tuk share pd sume..hope anda semua terhibur..^_^


Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)



Padai suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.
Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
Dia mengangguk
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe..


Tuesday, 27 September 2011

sedap2 !!!

Assalamualaikum..:)
ehem2..ceria nampak...ehehe..
adeer pe2 kew..
yup! memang ader pun.. hahaha...


NAK YANG NIE !!!  NAK YANG NIE !!!
1


2



3


4


ha!pe pendapat korang...
hehehe..msti ramai yang dah terliur kan...
yummy...!!!!
cdap sangat...

pe lagi.. misi mencari kek COKLAT bermula !!!
cepat2 !! hehehe.. ^_^
SELAMAT MENCUBA !! :)

Sunday, 25 September 2011

Kini dan Selamanya..

Assalamualaikum..:)

Alhamdulillah...kini bru ku sedar pe hikmah di sebalik pe yang terjadi..
terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan kepada yang tersayang kerana telah menyedarkan daku... 
moga selepas nie dan selamannya daku tak kan terpedaya lagi dengan hasutan DIA..

TIDAK!! TIDAK!!

dan anda...??
semoga anda pun akan berubah jua...
INGAT !!
jangan biarkan DIA terus meracuni kita dengan perbuatan sia2...
sekali kita sudah kecundang selamanya kita akan terus diselubungi dosa...

mahu atau tidak ??
terpulang pada kita untuk mengubahnya...
gunakanlah peluang yang ader dengan sebaeknya...
sebelum pintu taubat tertutup untuk kita...

Sayangi diri... Sayangi keluarga...
jangan biarkan mereka tertindas dalam lembah penghinaan dek kerna perbuatan keji kita...

sumber dari Hamba ALLAH yang hina...




p/s: DIAadalahSYAITANLaknatullah !! 



Saturday, 24 September 2011

Berubah

Assalamualaikum...

dalam sedar tak sedar sebenarnya tinggal lagi beberapa ary jer syawal akan  meninggalkan kita.. dan zulkaedah pula akan menjelma.. 
tapi.. cam ne lak ngan kita??
dah cukup kew puasa 6...
mungkin ada yang dah dan mungkin ader yang blom..
bagi yang dah selesai mengerjakan pose6 tu.. 
sYAbas!!!
anda telah berjaya... !!

bagi yang tidak berkesempatan tu..
usah bersedih.. :P
mungkin anda boleh raih peluang yang ada dengan melakukan ibadah yang lain.. btoi tak?

nak taw tak !! nak taw tak !!

sebenarnye kan..
besar pahala bagi orang yang menunaikan ibadah pose6..
orang yang berpuasa  pada bulan ramadhan dan diikuti dengan pose 6 hari di bulan syawal mereka mendapat ganjaran pahala umpama berpuasa sepanjang tahun...

maknanye puasa bulan ramadhan umpama anda mengerjakan puasa 10bulan..
puasa 6 hari bulan syawal pula umpama anda berpuasa 2bulan..
SUBHANALLAH.. !!
sungguh besar ganjaran pahala yang diberikan...

so..mahu atau tidak..
semuanya terletak ditangan anda sendiri...

berusahalah meraih cinta Illahi..
kerana disitu terdapat redha-Nya..
smile alwayz... =))

ini sajer lakaran dari eika tuk sume..
yang baik dari Allah..
yang buruk dari kelemahan saya sendiri...

misz u all !!
renung2 kan dan selamat beramal... ^_^




Thursday, 22 September 2011

disini..

Assalamualaikum...

nape ntah tibe2 lain sangat cam yang dulu..
rase pelik la plak..
sebab tak penah2 jadi cam tu..

urm2~... tapi.. tapi...
sedikit kesedihan melanda... huhuhu...
ntah pe2 la..
hope sume nye okey2 jer.. :-(
okey.. stop tuk bersedih...



-feeling in love-